Friday, March 23, 2012

Backgrounds graphic

Backgrounds graphic: Glitter-Graphics.com is the place with more than a million graphics in every category that matters

Wednesday, December 7, 2011

Senandung Anak Pejuang-Nasyid


Senandung Anak Pejuang

Pada kemanisan sekuntum senyuman
ada kelunakan tutur perkataan
agar terlukis warna kerinduan
terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu tiada disisi
tinggalkan ibu menjaga kami
terkadang tiada khabar berita
namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
melihat teman semuanya berayah
bermanja bermesra kasih berpadu
hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
kepada ibu segera bertanya
kemanakah ayah sekalian lama
hingga kini belum menjelma

Ibu tersenyum di dalam sayu
senyumnya tawar tiada indah
mungkin batinnya berlagu sendu
bila anak rindukan ayah

Tiada memujuk ibu berperi
gugurnya rambut menyusun kata
ayah pergi menabur bakti
membela agama nusa dan bangsa

Indahnya Alam

Indahnya alam ini
Damai ku rasa dihati
melihat kehijauan pepohonan
dan birunya awan yang bernaung
lihatlah

Diam burung berterbangan
tinggi air menyegarkan
tidak terhitung segala kurnian
untuk semua insan

Indahnya alam ini
pasti ada yang menciptakannya
tiada yang Esa tiada dua
Allah yang maha kuasa

Lihatlah alam yang terbentang luas
tak terjangkau sempadannya
jutaan bintang di angkasa raya
Oh hebatnya Pencipta

ikan dilautan dan
unggas di rimba
segalanya disetiap masa
berzikir memuji
keagungan Allah yang maha kuasa

Subhanallah maha suci Allah
oh indahnya alam ini

Ayuhlah kita mensyukuri
kurnian ilahi
janganlah dicemari
alam yang indah ini

Kita sebagai khalifah
yang mentadbir bumi
bersama menjaga keindahan
alam ini
 

Monday, December 5, 2011

Anak Yang Baik Dan Derhaka

Adakah kita pernah melawan cakap Ibu Bapa??

Ibu kita yang melahirkan kita dengan kesakitan perutnya..
Ayah kita telah mencari wang untuk membelaja makanan atau minuman kepada keluarga kita..
Jika kita tidak mengambil berat tentang kleuraga kita..kita akan menyesal..
Apabila kita sudah besar..wang kita semakin banyak..
Adakah kita hendak memberi kepada keluarga atau ibu dan bapa kita??
Kita tidak boleh menghargai diri sendiri..
Kita perlu tolong menolong..
Itu adalah pengajaran untuk diri kita..
Apabila masuk waktu (solat)..Emak kita sedang  tidur
Adak kita mahu menjagainya??
Patut kita menjagainya daripada ti

Friday, December 2, 2011

Pantun Malas Solat

Kenapa engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...... 


Kenapa engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang.... 


kenapa engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang... 


Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...? 


Kenapa engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang... 


Kenapa engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

Mutiara Kata (KOLEKSI MUTIARA KATA)

Koleksi Mutiara Kata 3
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal
karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah

kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup
tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit
dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa
yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata

yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itucantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasarakhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuanganmemerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukankejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
kosong.
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri

Mutiara Kata


Gambar Mutiara Kata / Anak solehah

Mutiara Kata

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah